Monday, February 10, 2014

LATAR BELAKANG YAYASAN MUTIARA

YAYASAN MUTIARA (413793-P)

ALAMAT SURAT MENYURAT
YAYASAN MUTIARA
NO. 85-1, JALAN TODAK 6
SUNWAY PERDANA, PUSAT BANDAR SUNWAY
13700 SEBERANG JAYA

TARIKH DIPERBADANKAN
16 DISEMBER 1996

Y.B. DATO’ HAJJAH JAHARA BINTI HAMID DSPN, PJK


Yayasan Mutiara ialah sebuah badan kebajikan yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 16 Disember 1996 sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan.

Yayasan Mutiara telah bergiat aktif sejak penubuhan untuk mengumpul dana dan menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan dalam usaha untuk meningkatkan martabat masyarakat di Pulau Pinang khususnya masyarakat Islam terutama kaum wanita dan kumpulan sasar seperti miskin tegar yang memerlukan bantuan dan golongan muda yang memerlukan bimbingan.

Yayasan Mutiara berjaya untuk melaksanakan matlamat tersebut setakat ini berkat kerjasama yang baik telah diperolehi daripada masyarakat dan orang perseorangan yang prihatin serta agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang menjadi rakan Yayasan Mutiara.

Sejak 1 September 2013 Yayasan Mutiara telah distruktur semula dan telah merancang untuk mempertingkatkan aktiviti untuk memberi manafaat kepada kumpulan sasar di Pulau Pinang.